Rabu, 30 Jun 2010

Bilik APV

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih dapat bernafas pada waktu sekarang ini. Alhamdulillah, akhirnya, bilik APV di sekolahku akhirnya beroperasi pada hari ini iaitu hari Rabu, 30 Jun 2010 pada pukul 3.31 petang. Setelah 5 bulan lebih telah berlalu, akhirnya aku serta rakan-rakanku dapat enjoy untuk menggunakan komputer. Tak perlulah rakan-rakanku yang lain pergi keluar dari kawasan sekolah untuk pergi ke CC (Cyber Cafe). He.He.He. Sememangnya, memang ada sesetengah rakan-rakanku pergi ke CC untuk melayari Internet. Youtube, Facebook, games, dan lain-lain lagi. Dah lah. Aku tak nak cerita panjang sangat sebab ada beberapa orang pelajar dari mana entah sedang tengok aku menaip. Dah lah. Assalamualaikum.