Jumaat, 9 Oktober 2009

Kenduri Kesyukuran Di Rumah Ustaz Abdullah (Rabu)

9 orang pelajar asrama lelaki darjah 6 yang telah dipilih oleh Ustaz Abdullah dan Ustaz Mursyidi telah pergi ke rumah Ustaz Abdullah pada hari Rabu yang lepas. 9 orang pelajar tersebut ialah aku, Akmal, Irfan, Adam, Najmi Rasyidun, Nadzri, Asri, Syukri, dan Iqbal. Ustaz Abdullah mengajar aku dalam pelajaran Sirah dan Pendidikan Islam.

Sebelum kami pergi ke sana, kami sedang melihat rakan-rakan kami bermain carom di kantin sekolah. Tiba-tiba, Ustaz Mursyidi datang memanggil kami semua. Ustaz suruh kami semua tukar pakai baju melayu. Kebetulan aku bawa baju raya aku ke asrama. Jadi, aku pakailah baju raya kami. Ustaz suruh 4 orang daripada kami naik kereta Ustaz Abdullah. Irfan, Asri, Syukri, dan Nadzri menaiki kereta Ustaz Abdullah manakala aku, Akmal, Adam, Najmi Rasyidun, dan Iqbal naik kereta Ustaz Mursyidi. Aku dah biasa naik kereta Ustaz Mursyidi sebab dulu beliau pernah bawa aku, Najmi Rasyidun, dan Iqbal keluar pergi beli makanan di kedai pada waktu malam. Beliau juga pernah menghantar aku pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan, barulah kami tahu yang kami pergi ke rumah Ustaz Abdullah.

Selepas 30 minit, barulah kami tiba di sana. Kemudian, ustaz jemput kami masuk ke dalam rumahnya. Rumah ustaz terletak berdekatan dengan pintu gerbang Istana Kedah.

Kemudian, ustaz minta kami perkenalkan nama kami beserta tempat tinggal kepada seorang daripada anak lelakinya.

Sesekali, aku ada ternampak seorang perempuan bertudung sedang mengintai kami semua disebalik sebuah pintu di dalam sebuah bilik. He.He.He. Memang sah itu dia. Perempuan tu bernama Bakuratul Amani. Sebenarnya, budak perempuan tu belajar di sekolah kami (aku dan Akmal). Dia belajar sekelas dengan kami. Ada orang kata bahawa dia suka kat Akmal. Tapi, Akmal tak suka kat dia.

Kemudian, Ustaz jemput kami menjamu selera. Macam-macam ada. Ada nasi, mihun, tomyam, kuih, kek pisang, dan lain-lain lagi. Tapi aku makan nasi berlauk ikan keli dengan ayam beserta air oren saja. Masa kami sedang makan, tiba-tiba dia lari keluar dari bilik tu. Lalu kat belakang Akmal pulak tu. Kali ni, hampir semua gelakkan Akmal dengan dia. Akmal cuma diam saja. Pandai betul dia kawal standard. Kemudian, kami sambung makan.

Aduh...Kenyangnye. Ustaz kata, "kena habiskan semuanya". Ayoyo. Teruklah kalau macam ni. Kemudian, kami semua (aku, Akmal, Irfan, Najmi Rasyidun, Adam, Asri, Syukri, Nadzri, dan Iqbal) pergi ke tandas. Kami semua pun pergi ke tandaslah. Sebelum tu, kami semua tengok stadium di belakang rumah ustaz. Tapi, aku cuma nampak padang bola saja. Ah! Tak kisah la. Kemudian, kami pulang ke sekolah. Kami naik kereta yang kami naik ketika hendak datang tadi.

Ustaz kata kepada Ustaz Abdullah ingin pergi isi minyak, tapi rupa-rupanya beliau ingin menunjukkan kepada kami rumah Ustaz dan rumah Yasir. Yasir ialah seorang penolong ketua asrama. Kami semua berasa sangat terkejut apabila nampak rumah Yasir. Fulamak. Memang mewah. Cit! Orang kaya, tapi selalu berhutang dengan orang di sekolah. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke sekolah.

Masa kami dah nak sampai di sekolah, kami terpaksa bertentangan dengan maut! Ustaz speed up kelajuan keretanya. Hampir-hampir kaminak terlanggar pintu pagar. Kemudian, kami pergi solat Maghrib. Diorang yang lain dah lama sampai. Lepas habis solat berjemaah, kami pergi study manakala 2 orang ustaz tadi pulang ke rumah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan