Khamis, 19 November 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Aku mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Mula-mula, aku ingat aku tak dapat 5A sebab aku tak pandai dalam pelajaran Bahasa Melayu, rupa-rupanya, aku dapat 5A. Hari ini adalah salah satu daripada hari-hari yang paling menggembirakan dalam hidup aku.

Dari kiri: Amin, Hamizan, Asri, Farhan, Abror Majdi, Aku, dan Fakruddin.

Bergambar bersama Cikgu Norsapina (Guru Bahasa Melayu).

Bergambar bersama Cikgu Khairiah (Guru Matematik).

Dari kiri: Abah, Fawwaz, Asri, Farhan, Hamizan, Sir Syamsul (Guru Bahasa Inggeris), dan aku.

Dari kiri: Cikgu Roseanita (Guru Sains), Cikgu Fazilah (Guru Bahasa Melayu yang mengajar aku ketika aku berumur 11 tahun), Fawwaz, dan aku.

Rabu, 18 November 2009

Majlis Anugerah Cemerlang & Tandatangan Buku Rekod Profile

Hari ini, semua guru sekolah aku sibuk sangat kerana ingin menguruskan hal itu, hal ini, macam-macam la. Hari ini, pelajar-pelajar sekolah aku (daripada darjah 1 hingga darjah 6) yang cemerlang dalam Pepereksaan Penggal Kedua 2009.

Aku? Aku tak dapat hadiah. Aku dapat tempat ke-22 daripada 38 orang pelajar. Sebelum Paksu (Guru Besar) menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajr yang cemerlang, beberapa orang murid melakukan beberapa persembahan yang berbeza seperti nasyid, syarahan, dan lain-lain lagi.

Selepas pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pepereksaan menerima hadiah, bekas pelajar-pelajar SRIDA tahun 6 yang mendapt 5A dalam UPSR pada tahun lepas pulak menerima hadiah. Kemudian, giliran 2 orang pelajar mitsali (seorang lelaki dan seorang perempuan) menerima hadiah. Pelajar mitsali perempuan ialah Siti Nur Ayesha binti Mat Fuzi manakala lelaki pulak... ialah aku! Wow! Tidakku sangka bahawa aku ialah seorang pelajar mitsali di sekolahku pada tahun ini. Selepas itu, kami pergi ambil keputusan Pepereksaan Penggal Kedua 2009.

Pelajar mitsali perempuan serta ayahnya.

Aku dengan abah.

Salah seorang daripada bekas pelajar-pelajar SRIDA yang berjaya dalam UPSR pada tahun lepas.

Khamis, 5 November 2009

Merdeka Sekali Lagi!

Alhamdulillah. Akhirnya, pepereksaan penggal kedua telah berlalu. Rasa tenanglah sikit. Untuk sementara waktu. Tapi, kami pereksa pelajaran yang berkaitan dengan akademik. Keputusan akan diambil berdasarkan keputusan percubaan UPSR. Nanti keputusan macamana pulak nanti.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Liga Catur (Khamis)

Kelmarin, ustaz buat liga catur untuk kelab catur. Minggu ni, lelaki dulu. Aku kena lawan dengan Hadi. Alah, kacang je ni. Aku menang lawan ngan dia. Tapi, aku rasa gementar masa nak lawan dengan Iqbal. Iqbal ni pandai main catur. Tapi Hariz lagi terer. Kalau tak, perlawanan antara aku dengan Iqbal dah habis. Cuma Abrar datang kacau pulak. Kena lawan lainlah.

Kenduri Kesyukuran Di Rumah Ustaz Abdullah (Rabu)

9 orang pelajar asrama lelaki darjah 6 yang telah dipilih oleh Ustaz Abdullah dan Ustaz Mursyidi telah pergi ke rumah Ustaz Abdullah pada hari Rabu yang lepas. 9 orang pelajar tersebut ialah aku, Akmal, Irfan, Adam, Najmi Rasyidun, Nadzri, Asri, Syukri, dan Iqbal. Ustaz Abdullah mengajar aku dalam pelajaran Sirah dan Pendidikan Islam.

Sebelum kami pergi ke sana, kami sedang melihat rakan-rakan kami bermain carom di kantin sekolah. Tiba-tiba, Ustaz Mursyidi datang memanggil kami semua. Ustaz suruh kami semua tukar pakai baju melayu. Kebetulan aku bawa baju raya aku ke asrama. Jadi, aku pakailah baju raya kami. Ustaz suruh 4 orang daripada kami naik kereta Ustaz Abdullah. Irfan, Asri, Syukri, dan Nadzri menaiki kereta Ustaz Abdullah manakala aku, Akmal, Adam, Najmi Rasyidun, dan Iqbal naik kereta Ustaz Mursyidi. Aku dah biasa naik kereta Ustaz Mursyidi sebab dulu beliau pernah bawa aku, Najmi Rasyidun, dan Iqbal keluar pergi beli makanan di kedai pada waktu malam. Beliau juga pernah menghantar aku pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan, barulah kami tahu yang kami pergi ke rumah Ustaz Abdullah.

Selepas 30 minit, barulah kami tiba di sana. Kemudian, ustaz jemput kami masuk ke dalam rumahnya. Rumah ustaz terletak berdekatan dengan pintu gerbang Istana Kedah.

Kemudian, ustaz minta kami perkenalkan nama kami beserta tempat tinggal kepada seorang daripada anak lelakinya.

Sesekali, aku ada ternampak seorang perempuan bertudung sedang mengintai kami semua disebalik sebuah pintu di dalam sebuah bilik. He.He.He. Memang sah itu dia. Perempuan tu bernama Bakuratul Amani. Sebenarnya, budak perempuan tu belajar di sekolah kami (aku dan Akmal). Dia belajar sekelas dengan kami. Ada orang kata bahawa dia suka kat Akmal. Tapi, Akmal tak suka kat dia.

Kemudian, Ustaz jemput kami menjamu selera. Macam-macam ada. Ada nasi, mihun, tomyam, kuih, kek pisang, dan lain-lain lagi. Tapi aku makan nasi berlauk ikan keli dengan ayam beserta air oren saja. Masa kami sedang makan, tiba-tiba dia lari keluar dari bilik tu. Lalu kat belakang Akmal pulak tu. Kali ni, hampir semua gelakkan Akmal dengan dia. Akmal cuma diam saja. Pandai betul dia kawal standard. Kemudian, kami sambung makan.

Aduh...Kenyangnye. Ustaz kata, "kena habiskan semuanya". Ayoyo. Teruklah kalau macam ni. Kemudian, kami semua (aku, Akmal, Irfan, Najmi Rasyidun, Adam, Asri, Syukri, Nadzri, dan Iqbal) pergi ke tandas. Kami semua pun pergi ke tandaslah. Sebelum tu, kami semua tengok stadium di belakang rumah ustaz. Tapi, aku cuma nampak padang bola saja. Ah! Tak kisah la. Kemudian, kami pulang ke sekolah. Kami naik kereta yang kami naik ketika hendak datang tadi.

Ustaz kata kepada Ustaz Abdullah ingin pergi isi minyak, tapi rupa-rupanya beliau ingin menunjukkan kepada kami rumah Ustaz dan rumah Yasir. Yasir ialah seorang penolong ketua asrama. Kami semua berasa sangat terkejut apabila nampak rumah Yasir. Fulamak. Memang mewah. Cit! Orang kaya, tapi selalu berhutang dengan orang di sekolah. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke sekolah.

Masa kami dah nak sampai di sekolah, kami terpaksa bertentangan dengan maut! Ustaz speed up kelajuan keretanya. Hampir-hampir kaminak terlanggar pintu pagar. Kemudian, kami pergi solat Maghrib. Diorang yang lain dah lama sampai. Lepas habis solat berjemaah, kami pergi study manakala 2 orang ustaz tadi pulang ke rumah masing-masing.

Puasa 6 (Isnin)

Pada hari Isnin yang lalu, aku sempat berpuasa. Alhamdulillah...Tuhan telah menunaikan hajat aku. Kalau tak, aku nak berpuasa pada hari Khamis (kelmarin) jugak. Tapi, hajat tidak kesampaian. Aku terlupa nak bersahur. Aku baru teringat ketika aku sedang mandi. Kalau tak, aku nak berpuasa pada hari tu tanpa bersahur. Tapi, boleh ke kita niat puasa pada waktu tu sebab masa tu dah terbit fajar dah. Ibu aku kata, boleh. Ayoyo, silap aku tak puasa msa tu. Tapi, nak buat macamana, dah terjadi. Sebenarnyaa, tujuan aku berpuasa adalah untuk berpuasa 6. Kalau kita melakukan perkara tersebut, kita akan mendapat ganjaran pahala. Ganjaran pahalanya seperti kita berpuasa sepanjang tahun. Kalau puasa kita diterima oleh Tuhanlah. Aku pun ada jugak terfikir, adakah Tuhan terima puasa aku?

Jumaat, 2 Oktober 2009

Cara Untuk Menyebut Perkataan Assalamualaikum

Ustaz Najidi, iaitu guru sekolah aku ataupun guru tilawah, Akhlak, dan Bahasa Arab aku sangat sensitive tentang cara-cara menyebut salam. Beliau kata, "Kalau orang lain menyebut salam tak betul, ustaz takkan jawab sebab hukumnya sunat kerana orang menyebut salam tak betul. Bagi ustaz, kalau orang nak cakap perkataan Bahasa Melayu, cakaplah cara orang Melayu. Kalau nak cakap perkataan Arab, cakaplah cara orang Arab. Lantaklah kalau orang lain cakap ustaz ni sombong. Hampa semua fikir la sendiri,". Betul kata ustaz. Ramai murid di sekolah sebut salam tak betul. Antaranya:
  1. Asalamualaikum.
  2. Asalamualaikuum.
  3. Assalamualikom.
  4. Asalaamualaikoom.
  5. Salamualikum.
  6. Salamekom (paling benci).

Jumaat, 25 September 2009

Akan Bersekolah Semula

Esok, ibu dengan abah akan hantar kami ke asrama.

Khamis, 10 September 2009

Merdeka Daripada UPSR

Tanggal 10 September,
Pada tahun 2009,
Merdeka, Merdeka,
Aku dah merdeka,
Ia pasti menenangkan aku...

Alhamdulillah. Aku sudah bebas daripada UPSR. Cuma kena tunggu keputusan sahaja. Aiyaa... Ini yang membuatkan hatiku berdegup pada tahap ramming speed...!

Ahad, 9 Ogos 2009

H1N1 Merebak Ke Sekolahku

Sekolah aku ditutup daripada hari Isnin hingga hari Khamis disebabkan oleh bala influenza A, H1N1. Adik aku kata 3 orang disyaki dihidap oleh bala tersebut. Tapi, Sir kata 20 orang disyaki dan ada seorang positive. Lepas dengar sekolah ditutup, bersoraklah semua pelajar lelaki. Syoklah mereka...Semua pelajar dapat cuti 6 hari apabila dicampur dengan hari Jumaat dan Sabtu. Tapi, berlainan untuk pelajar tahun 6. Kami kena datang ke sekolah. Semua pelajar dikehendaki memakai biasa dan memakai topeng muka untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit H1N1. Kami akan belajar pelajaran akademik sahaja. Masa belajar adalah daripada pukul 8.00 pagi hingga pukl 12.00 tengah hari.

Virus H1N1

Sabtu, 11 Julai 2009

Seminar Bahasa Malaysia

Aku baru saja balik dari sekolah sebab ada seminar Bahasa Malaysia. Dulu, semua orang kata Bahasa Melayu, tapi sekarang telah ditukarkan kepada Bahasa Malaysia. Seminar diadakan dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Tapi, aku tiba di sekolah pada pukul 8.45 pagi dan pulang ke rumah pada pukul 1.29 petang. Tapi di rumah pada pukul 2.04 petang.

Khamis, 9 Julai 2009

Dirasuk Syaitan

Kelmarin, ada seorang perempuan telah dirasuk syaitan. Dia ialah orang yang sama yang terkena penyakit histeria. Syaitannya mungkin sangat kuat. Alhamdulillah... Nasib baik ada Ustaz Najidi. Beliaupun berubat dengan dia. Selepas itu, belau dengan beberapa orang guru yang lain angkat dia. Guru-guru yang mengangkatnya ialah Ustaz Najidi, Ustaz Termizi, Ustaz Naji, Cikgu Khairiah, Cikgu Fazilah, dan Sir Shamsul. Ketika mereka mengangkatnya, dia meronta-ronta dengan kuatnya. Selepas beberapa minit, Sir Shamsul masuk ke dalam kelas aku. Beliau mengatakan bahawa beliau berasa sangat penat untuk bertarung dengan setan tu. Kemudian, beliau berkata yang setan tu akan datang ke asrama pulak. Sir........Jangan cakap macam tu. Kalau jadi betul-betul nanti, macam mana?

Jumaat, 3 Julai 2009

Seminar Bahasa Inggeris

Hari ini, aku ada Seminar Bahasa Inggeris di sekolah untuk tahun 5 & 6 dari pukul 9.00 a.m. hingga 12.00 a.m. Ibu hantarkan pada pukul 8.33 a.m. dan tiba di sana pada pukul 8.58 a.m. Gurunya ialah Cikgu Siti Nur Hafizoh. Masa untuk seminar adalah dari pukul 9.00 a.m. hingga 10.15 a.m. dan dari pukul 10.30 a.m. hingga 12.00 p.m. Ibu datang jemput aku pada pukul 12.30 p.m. dan tiba di rumah pada pukul 1.00 p.m.

Ustaz Najidi

Pada minggu lepas, hari Khamis, Ustaz Najidi telah pulang dari Mesir. Beliau ialah seorang guru disiplin dan seorang guru yang sangat digeruni oleh pelajar-pelajar sekolahku. ke sana untuk sambung belajar pada di antara bulan Februari hingga April. Beliau sangat pandai berbahasa Arab sehingga kami semua tak tahu apa yang hendak dikatakan apabila beliau berbahasa Arab. Ustaz Najidi mengajar aku sejak tahun lepas lagi. Ketika aku berumur 11 tahun, beliau mengajar kelasku pelajaran Bahasa Arab dan Akhlak manakala pada tahun ini beliau mengajarku Bahasa Arab dan Tilawah. Beliau selalu bergurau-senda ketika mengajar kami. Kadang-kala, beliau menjadi marah apabila kami melakukan perbuatan yang melampau.

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS DI SRIDA USTAZ!!!!!!!

Khamis, 2 Julai 2009

9 Nama Anak-anak Syaitan

  1. Zalituun
  2. Wathin
  3. Zaithun
  4. A'awan
  5. Murrah
  6. Masuud
  7. Daasim
  8. Walahan
  9. Lakhuus

Khamis, 25 Jun 2009

Histeria

Minggu ni telah berlaku dua kisah histeria di sekolah aku. Yang menjadi mangsanya ialah murid-murid perempuan tahun 5. Mula-mula pada waktu pagi hari Isnin. Pada waktu itu, semua murid tahap 2 dikehendaki membaca surah Yaasiin di masjid. Tiba-tiba, seorang pengawas perempuan pengsan di dalam dewan yang bercantum dengan masjid. Kelasnya, tak tahulah. Di antara 5A dan 5B. Kedua, pada waktu petang hari Rabu. Masa tu, aku tengah belajar Matematik dengan Cikgu Khairiah. Tiba-tiba, dua orang murid tahun 5 datang memanggil Cikgu Khairiah untuk memberitahu bahawa 2 orang murid perempuan dari kelas 5A dan 5B jadi mangsa histeria dengan serentak?! Siapalah mangsa seterusnye ye????????

Kem Pallas

Hari ini, pihak sekolah buat Kem Pallas (kalau tak silap). Buat kem di mana tak tahu la pulak. Ramai kawan aku yang menyertai kem tersebut seperti Farid, Ku, Fadlullah, Fauzul dan ramai lagi. Tapi yang paling ramai yang turut serta ialah ahli pengakap, dan puteri islam. Tapi, Sir kata di sana ialah tempat orang buang hantu. Betul ke? Ataupun Sir cuma buat lawak.

PAFA

Alhamdulillah. Aku berjaya hafal PAFA (Perkara Asas Fardu Ain). Aku dikehendaki hafal PAFA kepada Ustaz Roswadi. Senang sikit nak hafal PAFA kat Ustaz Roswadi cuma yang menjadi masalahnya ialah apabila aku nak hafal mesti ustaz tak ada. This is a big problem. Tapi, Alhamdulillah........Aku dapat cari ustaz. Kemudian, aku hafal PAFA kat ustaz. Akhirnya, aku dapat 'khatam' PAFA. Syukur.........Alhamdulillah.........

Selasa, 9 Jun 2009

5A

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana saya telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Taksiran 2. Saya telah mendapat 5A. Berikut ialah markah-markahnya:

Bahasa Malaysia(pemahaman):85%
Bahasa Malaysia(penuliusan) :88%
Bahasa Inggeris :88%
Sains :88%
Matematik :96%

Isnin, 8 Jun 2009

Mustaqeem

Aku mempunyai seorang kawan lama aku yang bernama Mustaqeem. Dulu, dia sangat rapat dengan aku. Tapi, dia berpindah ke Yan. Aku berasa sangat rindu kepadanya. Sehinggalah aku pernah bermimpi tentang dia 3 kali. Pertama, di dalam asrama, kedua, ketika beratur untuk masuk ke dalam masjid, dan ketiga, di dalam bilik darjah. Aku pernah terfikir, adakah ada makna disebalik tiga mimpi tersebut? Adakah sesuatu perkara buruk telah menimpa ke atasnya? Bagaimanakah keadaannya sekarang? Semua soalan tidak dapat dijawab. Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga dia berada dalam keadaan yang baik dan sihat, Amin.

Buat I.C.

Siang tadi, aku ada kelas intensif di sekolah. Kelas habis pada pukul 1.30 petang. Tapi, abah jemput aku pada pukul 2.15 petang. Lewat 45 minit. Tapi, aku kisah apa. Sebab pada masa yang terluang tu aku mengambil kesempatan untuk solat Zohor. Selepas itu, aku main sikit-sikit dengan kawan. Relax our mind. He.He.He. Speaking la pulak. Selepas abah jemput aku di sekolah, kami pergi ke Tenaga Nasional untuk buat I.C. Disebabkan lewat buat I.C, abah didenda RM 1. Fuh, nasib baik cuma kena denda seringgit, kalau RM 20, dicampur dengan duit yang kena bayar ialah RM 30. Selepas habis buat I.C, kami pulang ke rumah.

Selasa, 2 Jun 2009

Third Blog

Ini adalah blog ketiga yang direka oleh aku. Blog ini disediakan khas untuk menulis peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah. Disebabkan tak tahu apa lagi yang hendak ditaip, aku berhenti dahulu setakat ini.