Rabu, 18 November 2009

Majlis Anugerah Cemerlang & Tandatangan Buku Rekod Profile

Hari ini, semua guru sekolah aku sibuk sangat kerana ingin menguruskan hal itu, hal ini, macam-macam la. Hari ini, pelajar-pelajar sekolah aku (daripada darjah 1 hingga darjah 6) yang cemerlang dalam Pepereksaan Penggal Kedua 2009.

Aku? Aku tak dapat hadiah. Aku dapat tempat ke-22 daripada 38 orang pelajar. Sebelum Paksu (Guru Besar) menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajr yang cemerlang, beberapa orang murid melakukan beberapa persembahan yang berbeza seperti nasyid, syarahan, dan lain-lain lagi.

Selepas pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pepereksaan menerima hadiah, bekas pelajar-pelajar SRIDA tahun 6 yang mendapt 5A dalam UPSR pada tahun lepas pulak menerima hadiah. Kemudian, giliran 2 orang pelajar mitsali (seorang lelaki dan seorang perempuan) menerima hadiah. Pelajar mitsali perempuan ialah Siti Nur Ayesha binti Mat Fuzi manakala lelaki pulak... ialah aku! Wow! Tidakku sangka bahawa aku ialah seorang pelajar mitsali di sekolahku pada tahun ini. Selepas itu, kami pergi ambil keputusan Pepereksaan Penggal Kedua 2009.

Pelajar mitsali perempuan serta ayahnya.

Aku dengan abah.

Salah seorang daripada bekas pelajar-pelajar SRIDA yang berjaya dalam UPSR pada tahun lepas.

2 ulasan:

  1. oiiiii!hafizul!pasai apa nama aku x ada dlm blog hang?hang boleh x bagi email hang kat aku.email aku:fauzulazim_99@yahoo.com.....
    myspace:budakkenari_99@yahoo.com.btul ka ang nak pindah ke trengganu.harap janganla lupa kawan sekelas ang.

    BalasPadam
  2. Jawapan soalan 1:

    Sorry la. Aku terlupa.

    Jawapan soalan 2:

    Aku dah terlupa alamat email aku. Lagipun, aku langsung tak ambik kisah walaupun sedikit.

    Jawapan soalan 3:

    Betul...

    Jawapan soalan 4:

    Insyaallah. Aku takkan lupakan semua rakan sekelas aku. Hang pun jangan lupa semua rakan sekelas hang.

    BalasPadam